Mee Ketam

Assalamualaikum...

 Owh saya keterliuran tahap maksima ini semua gara2 blogger yang  up kan picture kat fesbuk
 "Mee Ketam" yang hat pemes kat Shah Alam tu now dah ada cawangan kat keramat..
Apa lagi memey terkeluar lah naked chef kan kebetulan dalam esbok ada cik ketam...
Jom buat sendiri ada masa baru kita pergi terjah restoran tu...


Dahsyat daddy makan sampai 2 mangkuk ..lapar ke sedap sangat tu..ehehehhe..


Hokeh bahan-bahannya adalah...

  • Mee Wantan (ate itu je ada dalam esbok..boleh tukar juga Mee Kuning)
  • 3 ekor ketam dibelah 2
  • 2 labu bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai Cili padi (Mengikut tahap ketebalan lidah korang)
  • 1 Kiub Ayam
  • 2 Sudu Cili Boh
  • 2 sudu Sos tiram,Sos Cili,Kicap
  • 2 biji tomato dibelah 2
  •  10  biji Bebola Ayam
  • 2 batang fishcake dipotong
  • Sawi Pendek
  • Garam dan perasa secukup rasa
  • Bancuhan air tepung jagung untuk pekaatkan kuah (tak letak tepung tiada)

 Cara-cara memasaknya pula...
  • Rebus si ketam ..Sila jangan buang air rebusan itu...
  • Panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih dan cili sehingga naik bau..
  • Masukkan Cili Boh,Sos tiram,Sos Cili,Kicap..
  • Air rebusan tadi masukkan bersama kiub ayam..
  • Bila dah mendidh masukkan ketam,bebola Ayam dan fishcake..
  • Jangan lupa garam secukup rasa..
  • Mendidih..Siap boleh tutp apii dapur gas tu..
  • Sawi Pendek boleh masukkan sekali tapi saya lebih suka celurkan sekejap dlm air panas..Bila nak makan baru letakkan didalam mangkuk..
  • Mee Wantan @ Mee Kuning itu jgn lupa celurkan sekali oke..

Total Pageviews