Tazkirah Jumaat-Sekadar Peringatan Kita Semua










9 SEBAB-SEBAB HATI YANG TIDAK BAHAGIA


Antara Mazmumah utama yang menghilangkan bahagia dihati ialah:




1. PEMARAH 
paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak didalam diri manusia.Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. PENDENDAM 
tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar didalam dada.Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara kecil-kecil sekali pun sakitkan hati atau tempelak orang didendam itu.Sebab orang pendendam mudah kena sakit jantung.


3. HASAD DENGKI
amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. BAKHIL 
 sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,kesenangan,pangkat dll dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(Rezeki yang diberi Allah elok dikongsi bersama).Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah,tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walau pun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.


5. TAMAK 
orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum airlaut…walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak…lagipun orang tamak selalu rugi…
***Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita.Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita.(mungkin ada hak orang lain disitu)Biarkan rezekiitu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. TIDAK SABAR 
andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hai-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan…)


7. EGO
Ibu segala Mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahu pun batin.


8. RIAK 
terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari untuk dipuji.Sentiasa berlakun-lakun didepan orang.Jika dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya.Allah marah kalau kita nak…takabur dengan ape yang kita ada.


9. CINTA DUNIA 
 tidak dapat menderita…padat pun menderita kerana bila sudah dapat susah atau menjaganya.Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu…biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah…Cinta dunia merupakan “Neraka Dunia”kerana dunia itu ‘panas”akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan.Jadi letakkanlah akhirat itu dihati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

KESIMPULAN;
Jadi yang merungut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan,musibah,kesibukkan dllnya,tetapi ialah MAZMUMMAH.Makin tinggi mazmummah seseorang,makin ia tidak BAHAGIA.Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu,kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.


Ucapan yang perlu kita lafazkan dalam keadaan yang tertentu. Semoga kita di dalam Keredhaan Allah.


Apabila hendak berbuat sesuatu Bismillah

Apabila memuji Allah Subhanallah

Apabila mengalami kesusahan Ya' Allah

Apabila memuji seseorang sesuatu Masya' Allah

Apabila mengucapkan terimakasih Jazakallah

Apabila bangun tidur La' Illaha Illallah

Apabila bersin Al hamdu Lillah

Apabila orang lain bersin Yarhamukallah

Apabila Insaf/memohon ampun Astagh-Firullah

Apabila mengangkat sumpah Wallohi wabillahi

Apabila menderma Fi-Sabi Lillahi

Apabila menyintai seseorang Lihubbillah

Apabila meminta diri Fi' Amanillah

Apabila mengalami masalah Tawakkaltu ' alallah

Apabila tertunainya sesuatu yang di hajati Fatabarokallah

Apabila memohon doa Amin

Apabila berkahwin Amantu billah

Apabila mendengar berita kematian Inna lillahi Wa inna-ilahi rajiun






SAMA-SAMALAH KITA SENTIASA INGAT MENGINGATI ANTARA SATU SAMA LAIN.ANDAI KITA TERLEKA DENGAN DUNIA BURUKLAH PADAHNYA.

3 comments :

:: Mrs.Eady :: said...

nice!

KuNanGKuNanG said...

moga kiter tergolong dalam org2 yg sentiasa bahagia..tinggalkan la sifat2 mazmumah tu...

:: Mrs.Eady :: said...

nice ~

Total Pageviews