Tergadai Iman Kerana Duit






Seperti biasa breakfast di kedai biasa kalau lewat kena tapau la jawabnyer..Alkisah tersebutlah kisah taibbb...Sang kancil datang beramai² mengadap Sultan firaun...mane ada firaun  pakai sultan..entahhhh..hehehe oke cerita benar pagi tu just tapau je Nescafe 'o' ais peberet orang hulur kat dia 5 hengget je kot dia bagi baki balik 8 hengget 40 sen..Yang awok pun nak cepat dah lambat kann cekau je lah...Eh dont judge too early okeh..time nak masuk kat poket tu pasan duit kaler hijau..APAKAH???
Ala puteri nih [nama budak cashier kat kedai tu ] kte bagi 5 henget la bukan 10 hengget..lalu kte bagi balik 5 hengget tu kat dia..dah tu boleh tersengih² macam kerang busuk mengantok la tu hahhaha..Nasib baik iman kte tidak tergadai dengan 5 hengget..Walaupun nilainya bukan banyak tapi itu bukan hak kte...Cuba baca cerita dibawah nih...








Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand
telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen
tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah! !!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

"DUNIA sebagai ALAT -- AKHIRAT sebagai MATLAMAT"



Sumber google..



p/s: Selalu jugak terjadi macam nih..Alhamdullilah takde la simpan buat bodo je..

P/s lagikk: Geram Makcik kat kedai tu suka bagi balance kurang lagi² kalau anak dara kte yang pergi beli barang..Ciss tak baek oke makcik..

4 comments :

Eera Shera said...

kejujuran tu penting :)

Mr. E'raz Fadli said...

Terjah dari blog Mak Dara ;)

http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/

Lina said...

imam pun boleh tergugat imannya apatah lg kita ni yg bese2 huhu...mohon dikuatkan iman kita

p/s : membalas kunjungan

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

Eera Shera - Agree....

Mr. E'raz Fadli - will terjah u back hehe

Lina -Itu la pasal..moga² amin..

Total Pageviews