Takoyaki Again



Oraite kalau rujuk entry sini pesstime makan kejadah nih..kalau korang yang tak tahu apakah kejadah ini meh sini kte bitau [amboii berlagak padahal baru tau jugak kot hehe] Ini adalah Takoyaki sejenis spesis makanan jepun ala² macam jemput² versi jepun gitu..Tapi kalau kte tengok macam kaya ball cuma inti dia ada seafood la ada sos lagi bagai²..Bila google ghupenya Takoyaki nih letak sotong kat brader kat danau nih just ada 2 pilihan je ketam dengan udang..kalau sotong tak pernah pulak rasa mesti kena test nih..
[bangga tekak dah boleh terima makanan lain yeay..]
Sebenarnya dah bersepah kot makanan ini dijual di market²,Jaya Jusco cuma  kte je baru terjebak dan kejakunan sedikit [lllalllallala]

Takoyaki ialah sejenis makanan Jepun berupa seperti cekodok yang berintikan sotong. Tako bermaksud "sotong" dan Yaki bermaksud "panggang/goreng".




Bila tekak dah mula ngam dengan makanan cenggini haruslah meroyan je nak makan kann..dan² je teringin nak makan hahhah nasib baik la Incek Chubby layan je permintaan binik dia nih...[lebiu b] Next time nak test makan kat tempat lain plak nak tengok ngam tak dengan tekak..Hari tu siap beli 2 set lagi udang dengan ketam memang terbaek la makan di tengah malam membuat lemak perut kte menebal dengan jayanya..


 


Amboii kalau asik teringin je hari² kopak jugak kann tadi cuba cari kat google resepi dia eh adalah macm sempoi je jom cekidaut...

Resepi Takoyaki

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 250g tepung takoyaki
  • 1 biji telur
  • 750ml air
  • filet ketam dihiris nipis (atau apa saja mengikut selera)
  • kobis (dicincang halus)
  • secubit garam
  • kicap unagi @ kicap sushi

Cara-cara

  1. Tepung_takoyaki
    bancuh tepung dengan air (dalam gambar dibawah ialah tepung takoyaki yang boleh dibeli di pasaraya JUSCO)
  2. Kamir_tepung_tako
    pukul telur dan masukkan kedalam bancuhan tepung tadi,dan kacau lagi sehingga rata dan diletakkan secubit garam
  3. tapis bancuhan tepung diatas supaya bacuhan tidak berketul-ketul.
  4. panaskan acuan kuih cara dengan api yang perlahan,letak sedikit minyak didalam acuan supaya nanti kuih tidak melekat.
  5. tuang tepung tadi kedalam acuan sehingga penuh.dengan cepat,masukkan filet ketam dan kobis.
  6. Tako_atas_dapur
    selepas itu,tuangkan sedikit lagi bancuhan tepung tadi keatas acuan tadi,bila bancuhan hampir masak sedikit,pusing2kan takoyaki perlahan-lahan untuk mendapatkan bentuk yang bulat (guna sudu kecil)
  7. letakkan sedikit minyak ditepi-tepi lubang acuan supaya takoyaki masak dengan cantik
  8. setelah masak,angkat dan sapukan dengan kicap unagi dan mayonis...Siap! 

Sumber Myresepi


Sila tengok dengan kadar air liur yang meleleh laju² hik² apalagi sapa tak pernah try tu pekata pergi try sedappp!!!..Rasa ada bakat memasak nih boleh juga cuba masak sendiri guna resepi diatas nih..




Ini sudah bagus hanya dengan RM5 saje #HotlinkBagus korang dapat menikmati kadar rendah untuk berinternet..Sangat cool bukan..





Tengok sini video dorang buat Takoyaki nih..





































iklan:-

Ini bukan lucah reka ghupe kotak durex boleh menang
₤2,000 cash lagi tu...nak join klik sini

5 comments :

MERAH said...

dah teringin lamaaa nak try benda niii.tp xbuat2 smpai skrg.huhuu.nampak menyelerakaannn!thanksss bg resepi :)

kai said...

octopus takoyaki...
sangat SHEDAPPP!!!

Al Kisah said...

kira macam cucur sotong atau sotong goreng tepung..

Iaruz said...

kat mana boleh dapat ni?

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

MERAH - kte pun teringin nak buat sendiri hehe...


kai -yeke ishk mesti kena cuba nih..

Al Kisah - lebih kurang tpi tak kurang hahahah

Iaruz - yang kte beli nih kat uptown danau

Total Pageviews