Misteri Karak Highway #Volkswagen Kuning

 Gambar Curi Kat Google









Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu, yang sering mengganggu perjalanan di sekitar lebuhraya Karak. Hantu Volkswagen kuning ini mula menganggu kenderaan di jalan raya sejak tahun 1956, tetapi tidak ketara dan orang ramai masih belum menganggap ia sesuatu yang mengaibkan.
Tetapi sejak lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning semakin ketara muncul dengan mengganggu kenderaan yang lalu lalang di situ. Puncanya dipercayai bermula dari sebuah kisah seorang isteri curang yang telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudian merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya.
Sang suami mati sambil menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula Volkswagen kuning tersebut. Kenyataannya, jika benar hantu Volkswagen kuning ini wujud dan pernah dilihat orang, maka itu adalah jin (keturunan iblis yang bergelar jembalang), bukan si suami malang yang mati dibunuh kejam.
Volkswagen ini akan muncul secara tiba-tiba dan sekiranya pemandu memotong kereta tersebut , ia akan berada di hadapan secara mengejut. Dipercayai , kemalangan berlaku disebabkan gangguan Volkswagen kuning.






 Cerita dari Pengalaman Orang yang pernah mengalaminya;-


Pic google




Pada suatu malam, aku pandu kereta sorang-sorang di jalan yang sunyi berlanskapkan pokok-pokok kelapa sawit.Jalan ni memang terkenal dengan kisah seramnya.Sedang aku pandu dalam keadaan takut-takut berani, ada kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning datang potong kereta aku. Lega aku dibuatnya sebab ade jugak orang lalu.
2 minit selepas tu kereta yang sama potong. Seminit lepas tu kereta yang sama lagi. Dan 10 lagi kereta yang sama potong kereta aku. Aku mula rasa menggelabah dan takut.
Aku pecut kereta aku potong kereta Volkswagen tadi. Aku pecut lagi, nampak kereta yang sama. Aku potong dan pecut lagi. Sampai dekat 5 kereta yang sama aku potong. Aku hati aku berbisik “Matilaaa aku.. camana nak buat lagi ni..”
Tiba-tiba aku nampak cahaya seperti Funfair lebih kurang 500 meter. Aku mula rasa lega selega-leganya. Sampai disana aku nampak banyak kereta Volkswagen beetle klasik warna kuning parking kat situ. Pastu aku nampak kat pintu gerbang “Volkswagen beetle Grand touring Classic” laaaaaaaaaaaaa…. Perlumbaan Waksegan rupanyer. Chesssssss!!!













Dapatkan Hotlink Bagus Starter Pack yang super Ohsemm!!





















No comments :

Total Pageviews