Info # Petua Untuk Ibu Dan Anak

petua1
Bagi wanita selepas bersalin, ikuti petua ini untuk mempercepatkan proses mengecut dan merapatkan rahim atau peranakan. Rebuskan halia tua dengan kulit kayu manis, daun pandan, gula merah dan jintan manis. Minumlah air rebusan ini tiga kali sehari. Petua ini juga dapat membuang angin dan melawaskan pembuangan air besar.



petua2
Ingin kembali langsing selepas bersalin? Ambil dua biji lobak merah, sebiji timun dan sebiji limau nipis. Potong kecil-kecil dan kisar sehingga hancur. Selepas itu, tapis airnya dan minum. Amalkan dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam. Hasilnya, badan anda akan menjadi langsing seperti yang diimpikan.

petua2
Untuk wanita di awal kehamilan, petua ini mampu menghilangkan rasa loya. Ambil segenggam daun kari, bersihkan dan kisar sehingga menjadi jus. Campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan sesudu teh gula. Minumlah setiap pagi. Insya Allah rasa loya akan hilang.



perut
Asam keping yang biasa digunakan dalam masakan juga boleh membantu anda untuk mengempiskan perut. Ambil sekeping asam keping dan rendamkan ke dalam air panas. Biarkan ia menjadi suam lalu diminum. Amalkannya pada waktu pagi dan malam. Insya-Allah anda akan mendapat hasilnya.
petua
Untuk melebatkan rambut bayi yang baru lahir, ambil sedikit pucuk manis dan santan pekat. Ramaskan dan kemudian sapukan di kepala bayi. Hasilnya, rambut akan menjadi lebat.


kelapa
Jika kepala bayi anda berkerak, ambillah segenggam kelapa parut dan campurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan campuran tersebut ke dalam perca kain dan ikat kemas. Ramas  sedikit sehingga keluar santan. Selepas itu sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Hasilnya kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam.


susu ibu
Kepada ibu-ibu yang ingin melentikan bulu mata anak, cubalah petua ini. Sapukan bulu mata anak anda dengan susu ibu setiap kali selepas menyusukannya. Amalkan selalu dan anda akan dapati bulu mata bayi anda semakin lebat, lentik dan cantik.

kanji
Ruam panas sering menyerang bayi yang baru lahir. untuk meredakannya, gunakan kanji nasi. untuk membuatnya, masak bubur nasi. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan air kanji tersebut pada ruam. Hasilnya ruam akan berkurangan.

lada
Bagi menghilangkan kembung perut bayi, ambil dua atau tiga biji lada hitam dan tumbuk halus. Kemudian masukkan serbuk lada hitam itu ke dalam pusat bayi dan biarkan. Tepuk belakang badan bayi untuk menenangkannya.

petua
Untuk bayi yang mengalami ruam lampin atau alahan di pipi akibat susu, tepung ubi kayu merupakan penawarnya. Caranya mudah, iaitu dengan hanya menyapu tepung ubi kayu tanpa air. Insya-Allah ruam tidak kelihatan lagi jika diamalkan sekali sehari.

1 comment :

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Hai awak... saya pinjam gambar halia awak tu untuk entry blog saya...

and saya dah jadi follower blog awak juga... entry yg berinformasi...

Total Pageviews