Paprik Campur Campak Style

Maless nak bebel² tapi tetap nak update entry nak tunjuk ghupe 1st time kot masak Paprik Campur...Walau bagaimana pun ini adalah gambar lama tak kira nak masuk jugak sebagai pembakar semangat..[Budget nak jadi Chef Teror masak] Hey Practise Make Perfect taukk!!!



Gambak ehsan dari handset cabuk ai...tralallalala..









Sebenarnya main taram je resepi nih that's why la tajuk dia Paprik Campur Campak Style...Eh tapi rasa Paprik okay...Resepi??? Sama je kot beza cuma di campak² aje budget Naked Chef huahauhauaaaa....

Sumber

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 200 gram isi ayam (di hiris nipis)-Ganti Daging
  • 4-5 ekor udang sederhana (dibuang kulit dan tinggalkan bahagian ekor)
  • 1-2 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong bulat)-tak taruk pun
  • 2 biji bawang merah & 3 biji bawang putih (ditumbuk lumat atau dikisar halus)
  • 2 sudu cili boh
  • 2- 3 biji cili padi ( diketuk )
  • 2-3 sudu sos cili Lingham-tak letak pun
  • carrot,brokoli,kacang panjang (dipotong kecil) dan tomato (dipotong baji)-Kacang pjg/brokoli tak letak cuma carrot dengan kubis bunga je
  • 3 helai daun limau purut (basuh dan ramas)
  • Gula,garam,sedikit air-tak letak gula tak suka
  • Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Bahan kisar ditumis hingga naik bau. Masukkan cili boh dan kacau hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  2. Masukkan udang,sotong,ayam dan gaul sehingga agak separuh masak.
  3. Tambah sedikit air jika terlalu kering. Masukkan sayur2an dan gaul rata.
  4. Masukkan sos cili Lingham dan sos ikan.Ramas sedikit daun limau purut dan masukkan ke dlm masakan.Masukkan juga tomato dan cili padi ketuk
  5. Perasakan dengan gula dan garam. Siap dihidangkan.
  6. Sedap dimakan dengan nasi panas atau nasik goreng kosong.

No comments :

Total Pageviews