Misteri Hospital Cheras [Pengalaman]

Jom join Nikon I AM A MOTION Hero Contest!












Gambar Ehsan Google



Ini adalah cerita benar hasil dari penyelidikan sendiri..Budget nak adventure dengan pergi tempat² berpuaka seperti yang digembar gemburkan orang..hishhh rugi kalau kita tak rasai thrill dia kann..nak jugak tau betul ke tempat itu berpuaka atau lebih senang kata berhantu dan menakutkan...Biasa la walaupun tak berapa nak berani dan tidaklah pengecut cehhh kira buat² berani la walaupun dasarnya penakut hehe...

Okey buat kerja gila dengan kerja tak berfaedah orang kata bila cakap nak terjah tempat² cenggitu..Bukan apa sekadar nak timba pengalaman cehh gelap pun takut ada hati plak..


Dulu tahun 2007 selalu sangat pergi tempat² yang agak menyeramkan..motip nak tengok hantu..Ciss budget hantu itu tipu yea hantu memang tipu sebab dia adalah syaitan dah muka buruk orang panggil la hantu..tapi cuma orang indonesia jugak kalau nampak hantu dia kata Setan..

Oraite back to the story once upon the time ......

Hari itu dah terpogek tahap maksima dah tak idea nak lepak mana tiba² tercetus idea nak pergi tengok hantu..Opismate plak kepala memang ngam apalagi ada yang cadangkan pergi hospital Cheras..Opismate kata tempat itu memang keras sebab dia hospital lama..
Oh pada sapa yang tak tahu lokasi hospital itu dekat dengan Downtown..
So kteorang 2 kereta pergi kesana tapi kteorang ikut pintu dengan tangki air tu..wah dari luar aje tengok memang sungguh menyeramkan hospital tinggal dengan semak samun lagi..Time tu pukul 1 ke 2 pagi kurang pasti lupa plak sebab cerita dah lama baru nak cerita kann..
 Dengan perasaan takut ² berani keluar dari kereta berjalan dalam kawasan hospital tu..Sambil borak² untuk mengurangkan rasa takut..Mata meliar tengok keadaan sekeliling dalam hati berdoa janganlah muncul depan mata walaupun sebelum tu dah cerita gebang nak tengok hantu kann..



Kteorang ada jugakk lalu disini  masa lalu sini bulu roma dah meremang mata masih lagi meliar pandang atas dengan tingkap macam ada sumthing dalam hati macam² doa dah baca..Takmo tegur takut kena tegur pulak kann..Buat bodoh sambil tarik tangan opismate ajak dia balik..Oh time tu kteorang berlapan cuma time nampak tu cuma berdua je dengan opismate*Incik Chubby lah tu..Dorang yang lain dah kedepan cepat benar jalannyer takut lah tu..Cehh sebenarnya awak sendiri dah seriau...jalan cepat² jugak biar tidak kena tinggal dibelakang....dorang lepak tengah jalan betul² dekat hospital tu sambil borak² macam takde benda..Time tu bulan mengambang rasanya sebab malam pun terang tak payah guna lampu suluh...

Tiba².................





Dengar orang menjerit dari jauh Hoiii buat apa tu!!!!? sambil berlari pegang cota...Kteorang yang ada dekat situ terkejut sambil lari kelam kabut sebab terkejut beruk ..Cepat² lari masuk dalam kereta rupa² itu adalah Pak Guard yang jaga dekat situ....Cisss dalam kereta kteorang ketawa berdekah² rasa kelakar pulak..
Itu baru kerna sergah dek pak guard belum lagi kena sergah dek hantu hahaha...
Rupanya kteorang baru tau memang Hospital tu dah tutup tapi klinik disitu masih beroperasi lagi waktu siang..
Bila fikir balik memang ini adalah pengalaman tengok hantu yang amat kelakar...

Lagi next Entry Pengalaman dekat
  • Highland Tower Ulu Kelang
  • Menara Tinjau Hulu Langat
  • Rumah Sewa Mona Fendi Di Gombak
  • Sungai Pisang(Batu 16 Gombak)
Kali ini pengalaman memang amat meyeramkan dan sungguh Real...


Baca sini Misteri Penjara Pudu
Misteri Genting Highlands



Antara beberapa tempat paling misteri di Malaysia ialah


1.HIGHLAND TOWER,KUALA LUMPUR
2.BANGLO MONA FANDEY
 3.KEMAYAN CITY,JOHOR BAHRU  

4.LEBUHRAYA KARAK

5.VILLA NABILA,JOHOR BAHRU

 6.AMBER APARTMENT,GENTING HIGHLAND


7.GEORGETOWN,PENANG


8.ST MICHAEL'S INSTITUTE,IPOH


9.MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR,PERAK


10.VICTORIA'S INSTITUTION,KUALA LUMPUR


11.LOST WORLD OF TAMBUN,PERAK


12.POLIKLINIK CHERAS,KUALA LUMPUR


13.PERKUBURAN ISLAM KAJANG,SELANGOR


14.KELLIE'S CASTLE,PERAK


15.PENJARA PUDU,KUALA LUMPUR

sumber Google

Total Pageviews