Ayam Pandan Gelora



Okeh gambar diatas bukan la lepat ubi atau cekodok ..itu adalah Ayam Pandan Gelora 1st trial by me
[tepuk tangan kuat²]..
Godek² google cari simple resepi dalam esbok ada Ayam..sekali tengok resepi dalam tenet oh sungguh mudah tapi dalam esbok jugak kekurangan bahan yang perlukan...
Takde kunyit,lengkuas,ketumbar,jintan manis,madu  dan santan pekat
Tapi jiwa meronta bergelora dan jugak buat Ayam Pandan
Suka nak tunjuk hebat dekat Incek Chubby
bugdet pro masak hari²..
Google resepi cenggini bahannya tapi bahan yang digunakan less dari bahan dibawah nih...

Resepi Ayam Pandan Sumber Google

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 1/2 ekor ayam (1kg)
  • * 3 biji bawang merah
  • * 3 ulas bawang putih
  • * 1/2 inci halia
  • * 1/2 inci kunyit
  • * 1/2 inci lengkuas
  • * 2 batang serai
  • * 1 sk ketumbar
  • * 1 sk jintan manis
  • * 15 biji cili padi ( pedas ikut suka )
  • 2 sb santan pekat (optional)
  • 1 sb madu
  • garam, gula dan pak aji ikut secukup rasa
  • daun pandan

Cara-cara

  1. Ayam dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
  2. Tumbuk semua bahan bertanda*. Gaul bahan tumbuk dgn ayam, madu, santan, garam, gula dan pak aji.
  3. Pandan1
    Buat poket dgn daun pandan dan masukkan ayam dlm poket tu.
  4. Pandan2
    Balut ayam dgn daun pandan. Cara bungkus ala-ala buat ketupat palas.
  5. Pandan3
    Cucuk ayam yg telah siap dibungkus dgn lidi supaya ayam tak terkeluar.
  6. Pandan4
    Potong lebihan hujung daun supaya kemas.
  7. Pandan5
    Siap bungkus, goreng hingga golden brown dgn api sederhana.

Sumber


Resepi sendiri plak sempoi nan hado hehe janji ayam berbalut dengan daun Pandan dan bole panggil ayam Pandan kann...Okeh untuk perapan ayam just guna 
Serbuk BBQ [beli dekat giant timbang² tu] 
then gaul dengan Cukup Rasa Maggi..
Wah dah macam nak buat BBQ plak nasiblah itu je yang ada..nak tumbuk bawang merah,bawang putih dengan halia kat rumah takde lesung batu plak [kesiankan] nak masuk serai pun tak tertitik hahaha..
Sudahnya hati dah bergelora nak juga buat kann lepas perap ayam tu kejap bungkus dengan daun pandan then perap lagi..part haru takde cungkil gigi nak cucuk pun dengan takde pengalaman menganyam ketupat main selit² je daun pandan tu..nasib baik tak terbukak time digoreng..
Incek Chubby kata okeh ada rasa Pandan..erkkkk hambik ko nak sangat konon hati bergelora tak menyempat takde bahan pun nak buat yea kann dah kena..Ayam pandan kan opkos rasa pandan lllalalllalalla...Next time nak buat ikut resepi nih la..




Gambaran secara dekat...Amaran takyah leleh sangat Ayak liuq tu..





p/s: Sedap jugak la walaupun tak ikut resepi nih rase ayam bbq tau!!!


2 comments :

mizzkechique said...

bergelora nafsu mkn tgk ayam tu.. aiyakk

Nava.K said...

I am enjoying looking the delicious pic of the recipe, very tempting and I love anything with pandan flavor.

Total Pageviews