Nasi Lemak Kasih Sayang







Hari ahad adalah hari bermaless-malessan tapi males tahap rajin sedikit takdelah maless sangat kalau terlampau males takde rajin alamat perut akan menangis kelaparan..hehe..
Okay menu breakfast pagi nih Nasi Lemak Kasih Sayang yang dimasak sendiri..Wah kalau dibawah tu ada cerita asal usul  nama makanan ini Nasi Lemak kutambah lagi dibelakang Kasih Sayang kerna
ku memasak dengan kasih untuk orang tersayang*jiwangjap..





Asal Usul Nasi Lemak...







Pada zaman kesultanan Melaka, tinggallah Mak Kuntum bersama anaknya Seri.

Suami Mak Kuntum telah lama terkorban dalam pertempuran menentang musuh di Selat Melaka.

Adapun Mak Kuntum ini kerjanya mengambil upah mengurut. Setiap awal pagi, Mak Kuntum telah keluar dari rumahnya untuk mencari pelanggan. Tinggallah Seri seorang diri dirumah untuk menjalankan kerja rumah seperti memasak, membasuh, mengemas rumah dan sebagainya.

Begitulah kehidupan dua beranak ini setiap hari walaupun pada cuti umum.

Hendak dijadikan sejarah, pada suatu hari.. timbul rasa jemu dalam sanubari Seri kerana memasak nasi dengan cara

yang sama. Begitu juga dengan lauk. Kalu tak ikan goreng, ikan gulai. Kalau tak ikan gulai, ikan bakar. Seri sudah muak dengan masakan tersebut.

Sebagai langkah alternatif, Seri mula memikirkan cara lain memasak nasi supaya terdapat kelainan pada rasa nasi.

Mula-mula Seri memasukkan sedikit lengkuas kedalam

nasi yang sedang dimasak. Oleh kerana masih tak

berpuas hati, Seri mencampurkan sehelai daun pandan untuk
menyerikan lagi nasi tersebut.

"Biar kewangian bau nasi yang dicampur dengan daun pandan dapat membangkitkan selera mak aku bila dia balik nanti. Tentu mak akan puji aku nanti.

" bisiknya didalam hati.

Pada waktu tengahari, Mak Kuntum pun pulanglah kerumah.

Seri pun menghidangkan nasi ciptaannya itu. Terperanjatlah mak
Kuntum melihatkan nasi yang tidak pernah dilihat sepanjang hayatnya.

"Apa kau masak ni, Seri?"

"Nasi le! Mak!" jawab Seri, berulangkali Mak Kuntum

bertanyakan kepada Seri. Setiap kali juga Seri menjawap, "Nasi le! Mak!".

Semenjak hari itu, lekatlah nasi tersebut dikenali dengan

NASI LEMAK.

Nak TRY Resepi Simpleku..
Let's Cekidaut....

Okay diperlukan beras disini untuk ditanak menjadi nasi tapi opss perlu diletakkan Santan,hirisan halia,simpulan daun pandan dan secubit garam...
Untuk Sambal Bilis pulak just tumis bawang merah/putih ditumbuk then masukkan Cili Kisar,belacan yang dibakar,air asam jawa,ikan bilis dan garam secukup rasa..
Terakhir Masukkan juga hirisan bawang merah..
Sampingan berdampingan Telur yang direbus,Timun dan Sosej..
Siap..




No comments :

Total Pageviews