Apitt Kena Deman Sawan(Febrile Fits)

Haiii..



Lamanya tak update blog kalau update pun just tempek gambar je wordless wednesday ekekeke...motip maless nak update entry sejak bertambah kechentaan hatikuh iaitu my new baby Aqil Zaquan..Fuhh alasan tak hengat punye kesian si kecik padahal memang sebelum tu pun mama dia maless nak meng'hupdate' blog..Oraite kesinambungan dari wordless wednesday tadi dan seperti gambar dibawah ini my Apitt kena warded 3hari dekat Hospital Selayang sebab Dewan Sawan(Febrile Fits)..



Saya suke Refer Hospital Selayang walaupun ramai kata GH lagi bagus sebab banyak Doctor Pakar .. ishk ada sebab kot nape saya kureng kat GH..I loikee hospital Selayang because Goverment tak mampu la nak pegi spital Private saya bukan orang ada2 tapi kebanyakkan aje heeeee~~and more reason is...



*Apitt dilahirkan disana (bil pun 36 hengget je fer normal ekeke murahkann..)
*Masa 2bln admited Jangkitan Kuman Paru2 pun disana
*Dekat dengan Rumah
*Selesa (Wad tak mcm kem Pearl Harbour mcm Hospital tuuu...)
*Layanan Bagus (maybe bernasib baik sebab tak pernah lagi kena macam ramai orang cakap)
*Dorg check bebetul tak mcm setengah hospital mcm Doctorrrrr Ayammm je..(duduk je sakit apa demam..okeh bg terus ubat demam without check suhu bolehh???)
*Parking Free dan banyak..(park je takde makna kakitangan sahaje)
*Penjaga boleh dok lelama walaupun lepas waktu melawat (pak dgn mak guard senang kawtim hehe)
Ehhh!!! Macam Promote plak Silalah ke Hospital Selayang hehehe...


Day 1
Apitt kena bogel just pakai diapers dok dalam wad berekon sgt sejuk dan kepala serta badannya always dijelum..




Oraite back for the story..Selepas saya selamat melahirkan dan berpantang pada hari ke 28 saya Demam Tengah Malam sampai mengigil kesejukan..Emak kata Bentan kalau macam tu tapii sebenarnya hari tu saya baru START makan JMD maybe tak serasi..Alkisah diwaktu itu Apitt dah pun demam walaupun tak macam orang demam je aktif semacam..Waktu malam tu Apitt tidor disebelah kiri dan Aqil disebelah kananku pagiku bangun dah kurang skit kubelek sikecil takut berjangkit Alhamdullilah dia sihat sahaja tapi kulihat Apitt macam kelemauan sedikit badan tak panas kepala je dedor..Petang itu memang niat hendak ke Klinik hendak check daku yang demam malam tu dan Apitt jugak..Okeh dah siap mandikan Apitt tinggalkan sikecik bersama Opahnya dan dalam perjalanan ke Klinik Mesra DiPinggiran tak sampai pun lagi baru di Greenwood tiba-tiba.....






Day 2
Apitt always with his "Gajah" tengok apa dia pelok..




Apitt yang ketika itu duduk diseat belakang Tenggiling kuningkuh jatuh ke bawah side driver..Ishk time tu ku fikir apitt just bergurau sebab dia memang suka begitu dan time tu jugak dia tengah pegang pistol mainan dia..Kulihat pistolnya terlepas ku toleh lagi belakang tengok Apitt dah kekejangan dengan gigi berkacip dan matanya keatas..Daku yang baru 1st time tengok keadaan begini dan berlaku sendiri didepan mata dan yang pasti anak sendiri memang agak seriau melihat anakku seperti orang yang nak kehilangan nyawa..nasib baik tak meroyan je ketika itu..incek chubby ketika melihat kejadian itu jadi seperti ku jugak kelam kabut,cemas bercampur baur perasaan sampai menangis..Time tu terus berhenti tengah jalan nak angkat Apitt kedepan..ohh tenggiling kuningkuh adalah kereta 2 pintu..Memang tak hiraula orang lain kereta banyak giler  kat jalan dan kami ditengah jalan..Dah angkat Apitt kedepan incek chubby cemas melihat keadaan mulut dan gigi apitt berkacip lalu memasukkan jari sampai berdarah..




Dalam kelam kabut tu terus ke Klinik berdekatan nasib baik kat Greenwood ada Klinik..incek chubby terus berhenti ditengah jalan sambil dukung Apitt berlari ke klinik..Daku yang dalam keadaan terkesima termenung ditinggalkan begitu(dlm pntg saya mmg agak blur) teruss ke seat driver untuk Park kereta dan terus berlari ke klinik..Doc terus buka baju Apitt,jelum kepala dengan air dan masukkan ubat montot serta mengerengkan apitt..Suhu Apitt time tu 38 celcius doc anggarkan maybe masa kena tarik tu suhu badan apitt 40 celcius..kepalanya panas Ya Rabbi tapi kaki dan tangan apitt sejuk kemain macam ais...15 minit after that apitt baru terjaga selepas tertido dan Doc kat klinik tu bagi surat suruh refer hospital fer 1st time kena Febrile Fits nih...Balik rumah tak sampai sejam apitt dah kelihatan seperti normal dan tak demam disebabkan aktifnya..tapi hatiku masih ragu dan terus menyuruh incek chubby untuk ke Hospital Selayang dan akhirnya kena warded jangkaanku betul suhu badan apitt meningkat tapi kekejangan itu tidak lagi berulang..Ohh kesian incek chubby yang terpaksa menjaga apitt di wad memandangkan daku yang tidak sihat serta masih didalam pantang..Selepas dipantau dihospital akhirnya Apitt discharge Alhamdullilah..






Day 3
Apitt dah semakin better dan discharge..
Tengok Line pun kena amik kat kaki sakitnya..
Air pun sampai 4 botol sebab Apitt tak lalu minum susu dan makan sampai susut berat tinggal 13 kilo je dari 15 kilo...







APA ITU DEMAM SAWAN
Secara definisinya ialah sawan yang belaku akibat demam. Ia boleh terjadi kepada kanak-kanak di dalam lingkungan usia 3 bulan sehingga 6 tahun. Ia juga dikenali sebagai sawan tarik yang mudah berlaku jika suhu badan naik melebihi 40°C dalam tempoh hanya satu atau dua hari selepas demam bermula. Kanak-kanak yang pernah mengalami sawan demam ini juga berisiko mengalami masalah serupa kelak. Namun, sawan ini akan hilang dengan peningkatan usia berikutan sawan demam tidak berlaku di kalangan orang dewasa. Sawan akibat demam boleh menyebabkan otak terencat atau kematian akibat kekurangan bekalan oksigen ke otak jika dibiarkan berpanjangan (dikatakan tempoh lebih 30 minit).
Ciri-ciri
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan, mulut berbuih, mata hitam akan memandang ke atas dan pada tahap tertentu boleh termuntah, terkencing atau terbuang air besar.
Punca
Ia selalunya berpunca daripada sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk, selsema, jangkitan bahagian atas salur pernafasan, jangkitan telinga (penyakit otitis media) atau jangkitan kuman virus. Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan ini bukan penyakit keturunan. Namun ada segelintir mengalami sawan tarik kerana mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik.
Rawatan Lanjut
Untuk mendapat pemeriksaan lanjutan bagi memastikan bahawa anak anda tidak menghidap meningitis atau jangkitan selaput otak. Ini adalah kerana 17% kes demam sawan adalah positif untuk meningitis dan perlu diingatkan ia boleh membawa maut dan menyebabkan kecacatan kekal otak, tubuh dan lumpuh.
TINDAKAN ANDA BILA BERLAKU DEMAM SAWAN
Elakkan sawan berlaku Lap badan dengan kain basah yang menggnunakan air paip untuk menurunkan suhu badannya yang panas itu. Juga beri anak minum ubat secara konsisten seperti sirap paracetamol mengikut sukatan yang betul. Boleh juga memberi satu suppository voren 12.5mg (anak kecil) atau 25 mg (3 tahun ke atas) ke dalam punggung untuk mengurangkan demam mengikut nasihat doktor. Juga pakaikan pakaian yang nipis dan awasi selalu anak jika ia tidur di dalam buaian (udara panas terperap ketika di dalamnya). Pastikan bilik tidak terlalu panas dan sentiasa monitor suhu badan anak walaupun anda terpaksa berjaya malam!
Ketika Sawan
Jangan Panik! Tetapi bertindak pantas! Ingat jangan biarkan sawan ini berlaku lebih daripada 1 atau 3 minit sehingga 5 minit. Pantas baringkan anak anda mengiring ke kiri. Ia untuk mengelak muntah atau lendir masuk ke dalam paru-paru. Segera melonggarkan segala pakaiannya. Ada juga pendapat mengatakan langkah pertama segera masuk bilik air dan basahkan seluruh badannya untuk menurunkan suhu badan yang mendadak tinggi dan apabila anak kecil sudah sedar dari kejang dan mula menangis, segera lap badannya (berdoalah ketika ini pada tuhan supaya anak anda selamat).
Jangan beri minum air atau ubat ketika anak sawan. Juga jangan ambil sudu atau bahan-bahan keras dan meletakkannya di dalam mulut. Ini boleh menyebabkan luka yang teruk di dalam mulut. Ia juga boleh menyebabkan tercekik objek asing sekiranya patah. Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.Usah cuba mengawal pergerakan anak sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya. Pada masa yang sama cuba lihat jam pukul berapa ia berlaku dan pukul berapa ia tamat. Ini adalah kerana doktor perlu tahu berapa lama sawan itu berlaku. Kemudian segera bawa ke klinik untuk pemeriksaan doktor untuk memastikan tiada jangkitan di otak atau lain-lain penyakit untuk mencari dan merawat penyebab demam.
TIP MUDAH
1. Tanggalkan pakaian anak.
2. Baringkan mengiring untuk mengelak bendalir atau air liur memasuki peparu.
3. Mandikan dengan air paip untuk menurunkan suhu badannya dan jangan letakkan objek keras di dalam mulutnya.
4. Jangan biarkan sawan berlaku 3 hingga 5 minit. Segera bertindak!
5. Apabila anak sudah kembali sedar, segera bawa ke klinik untuk kecemasan ini.



No comments :

Total Pageviews