Menu Makanan Pantang 'Time'

Haii semua...

Arini nak update pasal pemakanan dalam pantang..Aduh memang lemau la kann dalam pantang nih sebab semuanya kena pantang ini tak boleh itu tak boleh..Ada saja pantang larang yang kena dipatuhi aduhai rimas tapi kebanyakkan ada jugak bagus diikuti..Macam bab makan nih memang tak ikut sangat kot tapi tu la orang tua2 aka mak kata tak boleh minum air banyak nanti perut buncit tapi doc sarankan minum air banyak untuk sistem dalam badan..banyak lagi kot buah tak boleh makan tapi untuk pelawasan doc syorkan makan buah..ishk2 macam2 lagi kalau nak diikut kann dan pantang kebanyakkan orang lain2..Ada yang berpantang makan ikan bilis je dengan ikan masin tapi setengah orang time pantang lagi tak bole makan ikan bilis..tapi kalau saya memamg tak makan ikan masin dalam pantang sebab darah nifas akan berbau hanyir..Saya nie apa yang pantang?Pantang makan sedap2 walaupun dalam pantang janji tak gatal sudah..So far baby BF takde pula kembung..


Listing menu pantang saya setakat day 15th:-

Ikan selar,ikan kembung dan ikan mata besar masak singang..
Ikan yang sama tumis dengan hirisan halia dan lada hitam
Ikan bilis goreng tanpa minyak dengan lada hitam
Ikan selar masak lemak kuning pekat dgn lada hitam
Ikan kembung bakar
Daging masak halia
Ayam masak halia dengan lada hitam
Ayam goreng (jangan makan kalau gatal)
Sup Ayam
Sayur bayam masak lemak /Tumis air
Sayur sawi tumis air
Spagethi bolognaise (Jangan makan takut baby kembung)
Roti/biskut
Susu Anmum /Nescafe / Milo / Air Suam

Ada lagi listing menu serta resepi dalam carian google seperti..

Kerabu Pegaga
Ikan Tenggiri Goreng halia
Ayam masak bijan
Sup Ikan Haruan
Rendang Peria
Ayam Kukus Cuka
Ikan Panggang halia muda
Sup Tulang
Sup Sayur
Daging bakar

Huishh ikutkan banyaak lagi kot tapi bergantung pada sesorang kot pantang makan macamana kann..
Orang kata minum sunquick pekat atau makan buah senang untuk pelawasan tapi saya makan ubat sembelit je lagi senang kot hehehe...

 Pemakanan yang betul anak akan tido nyenyak tanpa kembung..

Sharing is Caring ini hasil carian google lalu terjadinya copy paste..hehe

Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu.
Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.
Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.
Jenis ikan
Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.
Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.
Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.
Ulam-ulaman
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:
Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.
Jenis sayuran dan buahan
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.
Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
Jenis ayam dan burung
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

p/s: now day 15th tingin makan Chessy Pizza..tak kira nak jugak..

1 comment :

mizzkechique said...

bagus2, sharing is caring... tp sup ikan haruan tu sedap ker?? huhu

Total Pageviews