Potong Wayar CCTV | Lagi Kedai Mamak Dirompak Di Seksyen 24 Shah Alam

Masih panas lagi video berkenaan kes rompakan kedai mamak diseksyen 15 Shah Alam kini gempar lagi pasal rompakan kedai mamak lagi di seksyen 24 Shah Alam..Kali ini dorang sempat potong wayar CCTV supaya tiada rakaman dapat dilakukan..modus operandi yang sama memang besar kemungkinan orang yang sama..




SHAH ALAM: Selepas merompak sebuah restoran India Muslim di Seksyen 15, di sini, pada 28 Ogos lalu, sekumpulan perompak dipercayai geng sama merompak sebuah lagi restoran, kali ini di Seksyen 24, kira-kira jam 5.30 pagi semalam.
Pada kali ini, kumpulan itu turut memotong wayar kamera litar tertutup (CCTV) sebelum merompak restoran India Muslim terbabit selepas menyedari aksi mereka merompak dan menyerang pemilik dan pelanggan restoran di Seksyen 15 sebelum ini disiarkan beberapa laman web.
Pemilik restoran di Seksyen 24, Ashraf Ali, 49, yang sudah 10 tahun berniaga di kawasan itu, berkata hampir 10 pelanggannya sebelum itu dikejutkan dengan kehadiran tiga suspek yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang.
“Semua mereka enam orang kerana saya lihat tiga lagi rakan mereka yang menunggang motosikal sedang tunggu di luar. Kejadian ini berlaku begitu pantas iaitu kira-kira dua minit saja.
“Selain mesin wang berharga RM2,000 yang di dalamnya terdapat wang tunai lebih RM500, mereka turut mengambil rokok di kaunter selain merampas komputer riba dan telefon bimbit milik pelanggan,” katanya.
Saksi kejadian, Mohd Farid Abdul Salam, 20, berkata ketika itu beliau bersama keluarganya berada dalam sebuah kereta berhampiran tempat kejadian.
“Apabila saya melihat rompakan ini, saya bertindak menelefon polis. Keadaan ketika itu agak kelam kabut dan semua perompak sudah melarikan diri sebaik polis tiba,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, ketika dihubungi berkata pihaknya percaya rompakan kedua itu dilakukan kumpulan sama dengan semua suspek berusia lingkungan belasan tahun hingga lewat 20-an.
“Kita juga tidak menolak kemungkinan semua suspek di bawah pengaruh dadah ketika rompakan sehingga menyebabkan mereka berani bertindak,” katanya.
Beberapa laman web menyiarkan video kejadian rompakan di sebuah kedai India Muslim di Seksyen 15, di sini pada jam 4 pagi, 28 Ogos lalu.
Sementara itu, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) meminta semua ahlinya agar sentiasa berwaspada dengan kes rompakan bersenjata yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.
Presidennya, Noorul Hassan Saul Hameed, berkata pihak persatuan mahu semua pengusaha membuat tindakan keselamatan awal seperti mendaftar dengan Rakan COP.


p/s:-Kalau lepak kedai mamak kali ini korang juga kena bawa parang(untuk keselamatan)

3 comments :

PinKy MoMMa said...

takutnyer..manusia smakin berani skrg ni..moga kite smua dilindungi..

keje tak nak..rompak je kejenyer huhu

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

pinky momma- memang dorang nak cari duit senang menyamun je...

Farrah MF said...

takutnya....tak rasa selamat nak keluar umah skrg nih :(

Total Pageviews