Moga Gestational diabetes tiada di pregnancy ini

Penyakit kencing manis selalunya adalah disebabkan faktor keturunan walaupun siboyot tidak mengemari benda² yang maness ini tapi siboyot telah disyaki kencing manis dengan alasan ayah siboyot mempunyai penyakit itu..diprengnancy kali ini memang betul² cabaran untuk siboyot demi sikecil didalam peyut siboyot suda 2 kali minum air gula..Owh tidak suka sekali kerana rasanya ibarat lori treler gula yang terbalik sangat² manis giler..cukuplah sekadar siboyot sudah manis mahu lagi ditambah kemanisan itu ekeke mood perasan jap..
6hb Mei 2011 1st MGTT iaitu Modiged Glucose Tolerance Test diberi minum segelas air glukos untuk mengetahui kadar gula dalam darah dan keputusan si boyot sebelum minum 3.9 mmol dan selepas minum 7.1 mmol itu okeh tetapi sebelum minum pun malam tu siboyot dah start berpuasa..Untuk kali ke2 28 weeks 5hb Ogos 2011 MGTT sekian kalinya lihat aje result dibawah ini..
 

 Owhhh EEmmm Geeee!!!!!

1st time tu minum naik sampai cenggitu ngeri plak..dah kalau begitu resultnya siboyot TERpaksa lah buat BSP atau lebih dikenali sebagai Blood Sugar Profail.Siboyot kena pergi lagi ke klinik untuk mengambil ujian darah sebanyak 4x iaitu pukul 8am,10am,2 pm dan 8pm..Malam sebelum itu siboyot diharuskan berpuasa tapi esoknya siboyot tidak boleh berpuasa dengan alasan nak check darah kena makan..nasib baik sebelum ini siboyot telah mendapatkan nasihat pada mereka yang dah kena sampai insulin so that day tu pagi siboyot cuma makan sedikit roti bersama mineral..itu pun naik tengok sampai 4.4 mmol...



 Tengahari memang siboyot elak makan nasi risau giler kalau kadar gula tu naik so nk tau siboyot makan apa?ekekek memang tak berkhasiat langsung makan mee maggie indomie layan owh dikala tengahari berpuasa huhu itu pun terjebak dengan apitt yang nak makan maggie..dush² salahkan sikecik itu plak hehhehhe..check pukul 2pm naik lagi sehingga 6.0 ini semua gara² maggie itu ciss...misi itu dah siap sound siboyot kalau sampai 6.7 abislah awak..hati dup dap² untuk check darah terakhir kalinya perut kembung dek air mineral nak makan risau naik mendadak..nak makan roti lagi tak sior teman kelaparan perut inginkan nasi sijunior enak bershuffle didalam peyut akhirnya siboyot mengalah dengan makan makaroni plus salad ayam dengan air mineral pada pukul 6.30pm..memang dah kira berserah lah kalau lepas nih tiba² naik mencanak lagi..so far alhamdullilah ujian terakhir kadar gula siboyot hanya 6.4 mmol bak kata misi itu selamat lagi 3 je nak 6.7 mmol..
Fuhh alhamdullilah nasib baik kalau tidak kena injet insulin kot atau kena check sokmo sampai bersalin..

Gambar Ehsan Google



Apa itu Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal. 



p/s :Risau misi kata tunggu doc check pasal diabetes nih.. 

p/ssss : Moga² tiada apa² Amin..

Love Yourself And Care For Your Health!

Look fab this Raya!

No comments :

Total Pageviews