Spagethi Cabonara Mushroom




Malam nih dinner simple je sebab kesihatan masih belum memuaskan..dalam kepala dah terlintas nak masak spagethi yelah senang nak masak selain mengenyangkan..kira okehh dari masak mee maggie je bagi incik chubbykuh..selalu masak spagethi bolognaise ala yang kaler merah tu buh daging kisar tapi arini kasi tukar plak bagi kaler putih cabonara mushroom..



Meh cekedot apa bahan dia:-

Spagethi segenggam (direbus tapi letak garam dgn minyak zaiton)-minyak masak pun takpe..
Bawang putih aka garlic 3ulas dicincang
Bawang besar yg kaler kuning tu 1/2 biji dicincang
Sosej 3 batang dihiris
1 tin cream cabonara
Mushroom aka cendawan-tak letak sebab tak mkn
1/2 cawan susu segar-sy guna HL

•Tumiskan garlic dgn bawang dicincang tadi dengan sedikit minyak
•Masukkan sosej dan goreng seketika
•Masuk cream cabonara dgn susu segar tadi kacau sehingga kuah pekat
•Toskan spagheti basuh dgn air sejuk
•Last sekali gaulkan spagheti dgn kuah cabonara tadi~siap

Saya tak masukkan garam sebab cream tin cabonara dah masin..


P/s:ada keju tabur atas lagi menarik


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment :

Kaa Dabri said...

okey. serius sedap :D

Total Pageviews