Makan² sampai kembong # Jamuan kecil Opis sebelum berpuasa

Biar gambar bercerita tak lalu dah menaip akibat kekenyangan yang amat sangat..
Sila layan gambar dibawah sehingga meneteskan air liur menunjukkan anda terliur...

Peringatan!!!!
Jangan buka entri ini pada minggu depan kerana kemungkinan atau kebarangkalian nafsu korang akan membuak² untuk mencekik tatkala korang kelaparan....Jangan terbatal puasa korang pasal entri ini okehh...

1st sekali mesti tunjuk puding mangga buatan saya ceh guna instant je pun..
tiap² kali potluck mesti buat ini (permintaan ramai..wahwah pasan)...tapi selalu bikin dlm bekas cinonet tu tapi disebabkan Sogo Member Card tu jadi besar plak ..maless nak bikin masuk satu² bekas..

Puding Mangga Air tangan saya



Popia(Kavitha)
Sekali dia buat 3 bentuk la..lagi 2 tak maless nak snap..


Kuey teow (k.ct)



Rendang Kerang (k.Noly)



Ayam Masak Merah (k.Noly lagi)



Sambal Tumis Nasi Lemak (k.eRin)


Telur Goreng Mata (K.lia)


Kari ikan (Anita)

Kalau google image boleh tengok orang bawak periuk steamboat karan bikin makan² kat opis tapi kat sini siap bawak dapur gas dan kuali lagi..ko hado....



ini adalah tepung yang mau dimasak bikin itu tosai..1st time makan tadi ngeh²

Tosei (k.Jega)

Gambar keseluruhan makanan yang ada pada pagi tadi sebelum semua abis ditelan manusia bela jin toncet..
ini makan untuk 11 orang sahaja..

Sempat lagi si boyot snap pic bersama makan terhidang..motif dah lapar gler sudah pukul 10am tak breakfast lagi nih ..baby dalam peyut dah asik kick² my peyut..


Gambar² eksyen tanda eksaited nak makan tosei..yea mereka hantu tosei cuba menunjukkan bakat masak tosei..Aci sebenar masak tosei sudah meberi amaran takmo gambar masuk disini..(dia takmo pemes)



boyot dah 27 weeks kecikkan peyut..

Tidak juga ketinggalan si boyot memcuba aksi memasak tosei..
Gambar disensorkan kerana tidak gila glamer dan takut saham jatuh hahahaha~

Ada juga tak sempat disnap antaranya nasi lemak,chukni,ikanbilis(takkan itu pun nak tunjuk sini),ayam goreng dan air coke..


p/s : Sangat kenyang..Alhamdullilah..Hari ini tengok anak bulan comfirm hari senin kita semua puasa...selamat berpuasa...

p/s lagik : Takziah pada keluarga Ashraf/Aleesha Farhana dan alfatihah kerana pagi tadi telah kembali ke rahmatullah


 

No comments :

Total Pageviews