Mau kerja ke main²

selamat tengahari..

Nih nak cerita pasal hospital dan pekerja yang sambil lewa..ape lagi sila baca dengan emosi ...
Ishk² awak buat kerja awak betul2 lah ini melibatkan nyawa orang tau tak..kalau awak rasa awk tak suka kerja yang awak buat tu better awak resign tanam jagung kat kampung atau menoreh getah ke..Hey awak tak sesuai la keje camnie,cuba kalau awak yang kena tau tak derita sakit yang orang tanggung..boleh pula ada benda tertinggal dalam kemaluan..Ades masa buat tu tutup mata ke hapa sampai tak nampak kain tu masih ada kat dalam..main nak cepat je terus jahit..nak kerja senang lah tu...
Panas hati betul semalam emo pun tak sempat nak abis terbaca pulak kat metro cerita nih...


KUALA LUMPUR: Seorang wanita terpaksa menderita berikutan kemaluannya dijangkiti kuman, didakwa akibat kecuaian pihak hospital tertinggal kain pencuci di dalam anggota sulitnya selepas bersalin anak sulung pada 19 Mei lalu.
Wanita itu yang melahirkan anak sulung lelaki di sebuah hospital di Selangor pada mulanya tidak berasa apa-apa perubahan malah turut dibenarkan keluar selepas dua hari berada di wad.
Bagaimanapun, selepas pulang dia berasa sakit di kemaluan malah air kencingnya turut berbau busuk menyebabkan mangsa mengesyaki sesuatu.

Suaminya, Kamaruddin Mohamad Ali, 29, berkata, isterinya mengadu sakit di bahagian itu, namun pada mulanya dia menyangka perkara itu normal kerana baru bersalin.
sumber metro

Tengok suami dia kata isteri bersalin 19 mei 2011 kat hospital selangor tapi sekarang dah berapa hari bulan sila tengok kalendar dah berapa lama bende tu kat dalam kemaluan isteri dia..Opkos la sakit..hadoii cakap pasal hospital nih tak kata la semua hospital dan pekerja teruk sambil lewa tapi disebabkan segelintir yang macam tu abis semua bak kata ibarat "nila setitik rosak susu sebelanga" kan da jadi macam Karam Singh Walia dah nih..

my handsome son apitt 2 thn dah..


Sebenarnya kalau nak cerita pasal kelalaian setengah pihak dorang nih boleh buat buku novel ..Novel Kasih Yang Suci pun kalah..Pernah juga kena benda macamnih tapi korang nilai sendiri la teruk ke tak..pergi satu hospital kat KL nih bawa my son tak sihat Flu..masa baru habis pantang my son dulu pernah kena tahan wad sebab jangkitan kuman dalam paru2 dia..so memang tiap2 bulan lepas tu mesti dia selsema dan doc just bagi ubat antibiotik je..Kali nie memamg panas pergi check kat pesakit luar doc situ rujuk ke emergency kena amik gas untuk mengurangkan kahak dan melegakan sesak nafas tapi sampai emergency kat bahagian Asma kata takde pape..pergi balik jumpa balik doc pesakit luar..dia pun heran kenapa suruh refer dia balik..memang berulang dari pesakit luar ke emergency tapi apa yang dapat..memang dapat maki la doc kat emergency tu..dah la doc pratikal macam doc ayam je..Memang satu emergency kat asma tu dengar suara nih maki hamun doc tu ishk what the fish anak dah semput dah tak boleh nafas..apalagi terus berambus dari situ..dengar cerita memang dah banyak terima complaint kat bahagian emergency tu..maless nak cerita lagi panas hati sebab pagi tadi pun dengar cerita kawan kat opis nie..orang kencing manis tapi kaki dah elok suka2 mau potong..okelabai~


p/s:-tatau nanti nak bersalin kat mana?bukan kaya pun nak bersalin kat private..

2 comments :

saya bukan tomato said...

banyak gile kes mcm ni skrg kan .. haishh .. kalau xnak jadi doc baik tayah jadi doc . sakitkan org lg ada kan .. kawan pon pnh kne camni .. doc salah bg antibiotik .. cek dkt private hosp. baru tau ..

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

saya bukan tomato- tu la bersepah2 sangat kes mcam..kalau pada yang mampu private oke lagi tapi kalau yang tak mampu tu haru je sbb dorang keje cmtu

Total Pageviews