Ketam masak lomak cili api





Good morning everyone..

Ceriakan hari dengan senyuman yang amat manes macam saya okeh...Korang semua dah breakfast hari nie saya breakfast macam biasa tapau kat makcik slow motion..kenapa slow motion sebab makcik tuh amat penyantun orangnya kena ada sikap kesabaran yang kuat kalau nak tapau makan kat situ..eh melalut citer makcik tuh pulak..nih nak cerita tentang apa la punya kawan baik tak payah kawan sebab kawan dah menunggu hari baru terkedek2 nak masakkan lauk yang kawan tu mengidam..hehe kawan yang sangat tak prihatin tu saya la..kalaulah sikawan nih tak upload gambar kebesaran peyut dia yang mengandungi twin comfirm terlupa akibat kelalaian serta kealpaan berganda..sorry yea Azura kejap lagi awak dah boleh makan sebab incik chubbykuh on the way ke Mara hantar ketam masak lomak cili padi khas untuk awak..kesedapan itu tidak tahu pula kerana saya dah masak penuh kasih sayang demi kawan saya dari darjah 1 hingga sekarang I love u friend...



Korang mau resepi ketam masak lomak cili api nih apakata dapatkan dulu bahan2nya....

Ketam 3ekor
Santan 1biji kelapa(guna instant pun boleh)
Daun kunyit 2 helai rancik2
Serai 1 batang diketuk
Bawang merah 5biji dikisar
Bawang putih 5biji dikisar
Cili api 15 biji dikisar
Kentang 1biji kerat 4
Garam secukup rase
Sedikit air
Kunyit hidup dikisar(guna serbuk kunyit je)


Ada 2 cara nak masak:-
1st masukkan semua bahan didalam periuk tunggu mendidih dan masak..Siap!!
2nd cara tumiskan dulu bahan kisar,serai dengan sedikit minyak..naik bau masukkan kentang dan ketam..selepas itu masukkan santan serta daun kunyit buh garam secukup rase..tambahkan sedikit air untuk mengurangkan kepekatan santan tadi..kacau sampi mendidih dan masak akhirnya Siap dah boleh makan :D

P/s:-Jenuh nak buat tutorial status twitter kat header blog>next entry




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Total Pageviews