Blogger standard penulis majalah dan suratkhabar..

Selamat Tengahari semua...

Owh beshnya tak keje arini takde nak pening2 kepala pasal debtor senget,pening kepala pasal collection tapi untuk arini jela..hehe itu pun sebab cuti nak pergi check up keboroian peyut nih..aduh sakit owh nak amik darah satgi..nk urine test lagi kena injetion kancing gigi lagi..ishk2 nie sebab buatan orang lah nih...dah2 melalut cerita nih nak habaq mai nie...korang tau tak sebagai blogger sama je standard korang dengan wartawan atau penulis majalah/suratkhabar..Tau sebab apa?kalau korang memandai tulis blog korang macam2 boleh kena saman wooo...tak caya cer baca keratan dari kosmo nie...


Blogger perlu patuhi undang-undang negara

KUALA LUMPUR – Penulis blog atau blogger mempunyai kedudukan sama seperti penulis majalah atau surat khabar kerana mereka tertakluk di bawah undang-undang negara.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, golongan tersebut tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan saman oleh individu yang mendapati diri mereka telah difitnah.
“Blogger boleh dikenakan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa jika didapati cuba menghasut dan melakukan kegiatan jenayah sehingga ada pihak mengalami kerugian,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Blogger dan Media Sosial Dunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

sumber kosmo


Da baca kan so sekarang korang sebagai blogger kena hati2 la kalau nak bikin entri yang agak panas2 tu takut kena saman mampus nk bayar..kalau korang kaya atau banyak BE korang kat nuffnang boleh la cuba..kenapa hanya korang bukan saya sebab saya nih boleh kategori blogger ke dah la follower ciput BE ada pn takde Earnings hehe..pape pun ini peringatan kepada korang semua dan saya okebai ;)







p/s-Takziah AWIE kerana baru kehilangan Ayahanda tercinta malam tadi~AL-FATIHAH

1 comment :

Pink Frogy said...

Sbb tue lar, blogger tak boleh main lepas jer..

mmg lar blog kita suka ti kita.. tp orang lain yang baca.. klu suke ti kita baik tulis diari kt buku jer..

Total Pageviews