Projek 'BAEK' malam jumaat..


Yuhuuiiii kome..
Agak gempak tajuk entry nih kan plishh jangan fikir bukan² oke..Hari tu dalam entry tu dah diberitahu kesedihan apam polka dot yamg kembang setaman..Malam semalam untuk kali ke-2 mencuba lagi menbuat apam polka dot yang comel berwarna-warni.Jenuh semalam goggle cari resepi kebanyakkan resepi sama maybe dicopy paste atau memang dah gitu resepinya..

Yelah dah ghupe macam fenomena pulak apam polka dot nie..sampai ada yang meroyan nak bikin sendri macam saya jugak haha..oke..okeh resepinya saya tiru bulat² dalam resepi..


Bahan-bahan

3 biji telur - dari peti sejuK
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150gm susu segar / susu cair / susu full cream / santan
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Filling secukupnya (utk inti kelapa, follow resepi dibawah)
Pewarna ikut suka

Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
Picitkan blueberry filling secukupnya.
Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Guna api sederhana jer...
Resepi source from TERATAK DHIA





Inilah hasilnya malam tadi punya projek "Baek"..saja pun tangkap gambar ghupe gini taklah ketara sangat kot kuih apam yang tidak gebus serta dot² bercelaru...Kena belajar lagi nih..



P/s -Poyo je pun buat iye² tapi makan tidak..saya sejenis yang  tidak makan segala kueh-mueh yea..kegedikan sahaja...sekian..

5 comments :

Farra Dhelina said...

rajin nya buat sendiri!

˩α∂ʏвιя∂ℓʋʌѲиɛ ακα ΔиɢɛℓιЯα ʝѲℓιɛ said...

Hehe farra gedik jew buat...

Darulamanku said...

datang melawat...
nak sikit...
jom klik sini http://teachersperfume.blogspot.com
Dapatkan wangian dari Teahcer's Perfume dengan Harga RM40 SHJA... maklumat lanjut sila klik pada link diatas...

roha said...

baek la project ni. mmg cntik keke

ju$t anNa said...

umm..sedpnye apam... like3.. ^^

Total Pageviews