SELANGOR AGENCY TM TEAMBUILDING 2009


Update yang lalu telah kukatakan daku terpilih untuk pergi ke PD..daripada 9 orang debt colletor diofiskuh hanya 4 orang saja yang GM ku pilih..daku,yati,bro dan my head of department adi..erm 1st timer nie dakuh pergi jauh meninggalkan anak2 ku dan chubbykuh..rindu betul walaupun pergi sekejap aje..
4hb oktober kul 9 pagi ku bertolak dari ofis ke destinasi tempat yang harus dituju Eagle Ranch Resort,Port Dickson..sepanjang perjalanan semua berjalan dengan lancar dengan tiba2 tempature kereta naik hingga ke merah… kami terpaksa berhenti di tepi jalan..dakuh yang sememangnya cepat mengelabah kalau berada di situasi begitu..jam dah menunjukkan pukul 10.30 pagi waktu yang sepatutnya dakuh semua register nama disana..setelah kereta dah ok kami meneruskan perjalanan akhirnya sampai jua didestinasi kul 11pagi..selesai mendaftarkan diri kami santai dipondok sementara menunggu waktu untuk lunch di melting pot..sempat juga bergambar untuk kenangan hehe bukan kenangan tapi dakuh memang suka snap pic pun bak kata member kuh eira giler gambar…






Dah settle lunch perut pun dah kenyang mulalah mengantuk..kami diarahkan ke seminar hall untuk mendengar taklimat dari GM security Eagle Ranch Resort tentang keselamatan semasa berada disana..rupa-rupanya di belakang resort terdapat pantai yang selalu PATI masuk..dan untuk keselamatan semua tak dibenarkan kepantai tanpa kebenaran takut ada yang tersalah tangkap..Moge bak kata GM security tu ramai peserta muka ala PATI..kuang hajor sungguh...selepas taklimat keselamatan tadi berakhir bersambung pula taklimat daripada CMU bagaimana cara2 nak mengutip hutang pada penghutang yang liat nak bayar..kerja kena ikut SOP..standard operation prosuder..mengantuk kuh hilang pabila agensi2 dipecahkan kepada 7 kumpulan..akhirnya dakuh di kumpulan 3 yang diberi nama dodol..CMU mengarahkan supaya nama2 kuih raya almaklumlah trip ni dibuat pun sempena hari raya..





Selesai sudah dakuh check in bilik.. kami diwajibkan berpakaian sukan kerana selepas itu ada water rafting iaitu berakit…perkara yang mengerunkan kerna dakuh tidak reti berenang..memang letih betul kuh fikirkan just berakit rupa2nya kena buat rakit sendiri..
*tengah tekun mendengar cara2 nak ikat tong biru tu..
*geng dodol menolak rakitnya ke pantai
Bayangkan hanya buluh, tali dan tong biru disediakan..mengikut kumpulan kena buat sendiri rakit dah siap angkat ke pantai dan berkayuh ke tengah pantai untuk mengambil bendera..memang semput nasib baik asma ku tidak teruk..
Letih sudah berakit balik kebilik bersiap2 pula untuk dinner..dah touch up make-up semua2 dakuh menunju ke kolam renang tempat dinner berlangsung..hampir terlupa semua kumpulan pada dinner nanti dikehendaki membuat persembahan..dah tu gabra kena buat depan semua orang..akhirnya kumpulan kami mengambil kata sepakat kami semua menyanyikan lagu suasana hari raya dendangan elina feat anuar zain..leader kuh devan pun yang berbangsa singh main taram je nyanyi lagu tu ..hahah tak dapat dibayangkan keadaan tu sungguh kelakar..
Malam tu best betul selain acara persembahan dari kumpulan2..terdapat pertunjukkan dari staff resort..ala2 red indian punye cerita..biasalah tempat pun ala2 cowboy..memang happening..dakuh siap bergambar lagi dengan red indian tu..
Makan sudah bergambar pun sudah semua balik ke bilik dengan penuh keletihan..esok pukul 7.30 pagi kena breakfast di melting pot sebelum acara telematch..selesai semua bersukaneka macam budak2 tadika hehe ialah salah satunya acara lari dalam guni,tiup belon macam2 lagi..memang hari2 yang meletihkan tapi enjoy betul disamping boleh memecahkan lemak2 di badankuh..   
akhirnya tiba ke acara penamat taklimat dari En .Zubir CMD telekom..dan slide show gambar2 kami semasa 2 hari berada disitu....seperti biasa bergambar lah lagi sebagai kenangan...ikutkan banyak lagi nak diceritakan nantilah ku update lagi..bubbye
*together-gether wit all ah long2 TELEKOM ngee~~

No comments :

Total Pageviews