Mrs Ledibet ♥Chenta Atikuh♥

Penerangan Ustaz Azhar Idrus UIA berkenaan isu avatar DP Coklat Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike

sumber

Maksud Simbolik Avatar Solidarity With Palestinian Prisoners On Hunger Strike

Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike






Simbolik Avatar Sempena Mogok Lapar Tahanan Rakyat Palestin 
Sekarang ni di facebook dan laman sosial tengah rancak dengan penukaran default picture menggunakan avatar “Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike” Yang merupakan sebagai tanda sokongan kita terhadap tahanan Palestin yang sedang mogok lapar di penjara Israel.
Ada orang yang mempersoalkan apa manfaat yang diperolehi dengan menukar avatar tersebut. Tidak kurang ada jugak yang memperlekehkannya.
Sebelum ini, adakah korang ambil kisah mengenai Hari Nakbah dan mogok lapar di Palestin? Apabila melihat ramai rakan-rakan facebook korang menukar avatar tersebut, pasti korang tertanya-tanya apa maksudnya dengan menukar avatar  “Solidarity with the Palestinian Prisoners on Hunger Strike”?





Simbolik Penukaran avatar ini (DP) ialah :
1. Gambar di atas adalah simbolik kepada tahanan Palestine yang dipenjara.
2. Coklat adalah warna pakaian yang dikuatkuasakan oleh Perkhidmatan Penjara Israel ke atas tahanan Palestin.
3. Logo di sebelah kanan bermaksud “Shabas” dan ia adalah singkatan bagi Perkhidmatan Penjara Israel.
4. Tujuan kita menukar DP menggunakan avatar tersebut adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada orang ramai tentang nasib saudara Islam kita yang kini sedang dipenjara di Israel dan sedang mogok lapar. Kalau korang nak tau ini adalah Mogok lapar terbesar dalam sejarah.
5. Memang benar penukaran DP ini tidak dapat membantu mereka secara langsung. Tapi yang pastinya akan membuat semua orang tahu apa yang sedang berlaku dan mungkin semua orang Islam akan mendoakan mereka. Doa adalah senjata kita sebagai umat Islam.
Apa hukum mogok lapar?
Pilihan yang ada bagi seorang muslim untuk menentang kezaliman ialah puasa bukan mogok lapar. Mogok lapar adalah salah disisi syara’ bagi ummat Islam. Akan tetapi, dalam hal mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel, Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan :
"Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka!
Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka!”
Jadi, mogok lapar dibolehkan dalam hal tersebut kerana mogok lapar mungkin satu-satunya pilihan yang ada pada mereka disebabkan keterbatasan ruang dan keupayaan yang dimiliki oleh seorang tahanan untuk membebaskan dirinya. Hanya itu pilihan yang mereka ada bagi mendesak Israel membebaskan mereka sekaligus memberitahu dunia tentang kekejaman Israel laknatullah.

Wordless Wednesday # Selamat Hari Guru




Kenapa DP FB Berwarna Coklat dan Bertutup Mata?






"My current profile picture shows a prisoner. Brown is the color of clothing enforced by the Israeli prison service on the Palestinian prisoners. The logo on the right means "Shabas" and it is an abbreviation for the Israeli Prison Service. The purpose of changing this DP is to spread the awareness about our brothers and sisters' struggles being imprisoned in Israel and currently on Hunger Strike. Changing the DP cannot help them all at once but rather to get people to notice what is happening in Palestine currently so that all muslims can make du'a for them. And, that will change something. Do you know about this before? Well, now you know, and the change of my DP is a success."



DP Facebook 



Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa ramai yang tukar DP kat Facebook kepada DP berpakaian coklat dan bertutup mata. Ada jugak yang tertanya-tanya, adakah DP bertutup mata menjadi trend sekarang ni? Maka, atas tu saya copy paste dari Facebook jugak, da ramai yang share. Alhamdulillah, da ramai yang sedar dan tahu tentang benda ni.



Contoh cover FB 



Hari ni, 15 Mei, Hari Nakbah. Sudah 64 tahun Palestin dirampas. Ia diperingati oleh rakyat Palestin, orang Arab dan pejuang Islam seluruhnya, sejak 1948, sebagai memperingati hari rakyat Palestin dihalau dan dibantai beramai-ramai dari negara mereka sendiri. Yaumunnakbah ini kalau diterjemahkan maknanya: Day of The Catastrophe, menggambarkan betapa dasyatnya peristiwa tersebut. Sama-sama kita doakan saudara-saudara kita kat Palestin. Apa yang kita buat ni walaupun sedikit, moga Allah kira sebagai sumbangan untuk pembebasan Palestin. Insya'Allah.


Sumber

p/s: Ini Entry Copy Paste


UPDATE...



[Lelaki]

            Kenji Kobayashi  Ashraf Mohd        

[Perempuan]

       Dayang Nora  Arra Ahmad